Thursday 29 December 2011

Usia Bukan Penghalang

     


    BUNGA? Sekali lagi aku menerima sekuntum ros merah daripada siapa aku sendiri tidak mengetahuinya. Rimas? Aku langsung tidak rimas. Sebab, aku memang sukakan bunga ros. Tetapi, kenapa pemberi bunga ini tidak berhadapan terus dengan aku? Itu yang aku pelik sekarang ini.

“Yaya! Ros lagi?” soal Raudhah. Teman baik aku sejak dari sekolah menengah. Sampai ke universiti kami masih bersama. Hebat bukan? Tahun ini merupakan tahun akhir aku bergelar mahasiswi. Sedih pula untuk meninggalkan rakan-rakan, bilik, makcik-makcik dan semua!

“Haah. Tapi aku peliklah, kenapa orang tu tak bagi depan-depan? Bukannya aku makan orang pun.” Balas aku.

“Bahaya betul stalker macam ni. Kau tak ada terima panggilan pelik-pelik ke?” soal Raudhah lagi.

“Haha.. Ada jugak. Baru-baru ini, ada nombor private yang call aku. Aku angkat, tak pula dia bercakap apa-apa. Sengal betul.” Jawab aku sambil mengunyah epal.

“Bahaya betul. Aku nasihatkan kau cari lah pasangan cepat-cepat. Asyik single aje..Itu sebab ramai orang kacau kau.” nasihat Raudhah. Aku hanya tergelak mendengar nasihatnya itu.

“Cik Raudhah Fatini oii.. Kau ingat senang ke nak cari orang yang betul-betul aku suka? Susah weh.. “ balas aku. Dulu, pernah juga aku bercinta. Tapi biasalah cinta monyet. Ha ha.. Jatuh cinta pandang pertama? Eh tidak.. Cinta pertama aku waktu itu ialah cikgu praktikal aku. Hensem sangat! Tapi, aku cintakan cikgu tersebut bukan disebabkan paras rupa, tetapi disebabkan dialah aku selalu dapat A dalam subjek bahasa Inggeris. Aku dulu memang benci gila subjek itu. Semenjak cikgu itu masuk, keputusan bahasa Inggeris aku makin baik. Itu masa aku berada di tingkatan dua. Ha ha. Gatal betul aku.

“Elleh.. Dulu bercinta dengan Shukor bagai nak rak. Tup tup kau mintak break apa kes??” perli Raudhah.

Shukor? Aku hanya tersenyum sendirian. Oh ya! Shukor lah cinta monyet aku tu. Tengku Shukor bin Tengku Mahmud. Wah.. Macam anak raja namanya. Tetapi, memang dia keturunan diraja pun. Keturunan dari negeri Selangor tak silap aku.

“Shukor?? Ha ha.. Aku mintak break sebab aku nak SPM lah! Kau ni macam tak tahu.. Semenjak aku bercinta dengan dia result aku menurun beb. Asyik-asyik kena tadah telinga sebab dibebel oleh papa tercinta. “ balas aku. Macam manalah keadaan Shukor sekarang. Dah kahwin atau belum?

“Yang kau senyum tiba-tiba kenapa? Dah angau dekat cinta pertama kau? Mula ingat nostalgia lama gamaknya.” Tebak Raudhah.

“Tett.. Kau salah Raudhah. Aku memang tengah teringatkan zaman aku remaja dulu. Tapi, cinta pertama aku bukan Shukor okay. Cinta pertama aku ialah Sir Din. Cikgu yang berjaya membuatkan aku jatuh cinta akan subjek bahasa Inggeris.” Jelas aku tanpa berselindung.

“Sir Din?? Cikgu praktikal masa kita form 2 tu? Amboi.. daya ingatan kau kuat lagi,ya? Hensem jugak sir. Rindu pula nak jumpa sir . Aku pun sukakan sir tu waktu dia kali pertama memperkenalkan diri kat dalam kelas kita. Senyumannya memang menusuk ke kalbuku.” Ujar Raudhah.

“Amboi.. hiperbola betul ayat kau.. Macam mana lah rupa dia sekarang. Masih ingatkah dia dekat kita?” lalu aku duduk di sofa. Teringatkan saat-saat sir Din mengajar..

***

“Assalamualaikum and good morning class.” Seorang jejaka tinggi lampai memberikan senyuman mesra sehingga menampakkan lesung pipit di bahagian kanan pipi berdiri di hadapan kelas.

Pelajar kelas 2 Al-Batani terpinga-pinga dengan kehadiran jejaka tersebut.

“Wa’alaikumussalam and good morning sir.” Jawab pelajar-pelajar kelas 2 al-Batani.

“all of you may sit down. Actually I am your new practical teacher. All of you may called me sir Din. I will teaching English subject.” Jelas jejaka tersebut atau lebih dikenali sir Din. Itu yang apa aku dengar lah.. Mengantuk sangat ni! Lalu aku meletakkan buku teks di atas kepala. Apa lagi? Tidur adalah aktiviti harian aku kalau mata pelajaran bahasa Inggeris ni.

Tak sampai 3 minit. Aik? Apasal cerah sangat ni? Lalu aku membuka mata. Ya Allah! Makhluk mana suluh lampu depan mata aku ni!

“Hah! Bangun pun princess kita ni. Good morning princess. Kat rumah tak cukup tidur ke?” soal sir Din dengan penuh ramah.

Aku memandang wajah sir Din sambil tersengih-sengih. Kacau lah sir! Gumam hatiku. Sir Din kembali ke hadapan kelas. Akhirnya waktu tidur aku terbantut.

“Okey. Saya nak tanya, dalam kelas ini berapa orang yang gagal dalam subjek bahasa Inggeris?” soal sir Din.

“Seorang.” Jawab ketua kelas, Hairi.

“Ada jugak orang failed? Setahu saya, kelas 2 Al-Batani adalah kelas hadapan bukan? Hmm.. Tak apalah. Siapa yang failed subjek tu?” soal sir Din.

Alamak! Aku lah tu. Macam mana ni? Dengan perlahan-lahan aku mengangkat tangan. Sir Din memandang ke arah aku. Malu aku dibuatnya.. Aku menunduk muka ke bawah.

“Oh, awak. Awak dapat berapa?” soal sir Din lagi.

“17%” jawab aku.

“Okey. Tak apa, masih ada banyak masa nak improve lagi.” Ujar sir Din.

“..Hmm.. Siapa yang dapat nombor 1 dalam tingkatan dua?” soal sir Din kepada Hairi.

“Nur Suraya binti Ghazali.” Jawab Hairi.

“Siapa Nur Suraya binti Ghazali? Dia ada dalam kelas ni?” soal sir Din.

Aku mengangkat tangan lagi. Aku lah tu Nur Suraya binti Ghazali. 7A 1E. Wah..Gempak tak result aku dengan adanya satu gred berwarna merah? Aku tak tahu macam mana nak dapatkan lulus untuk subjek tu!

Sir Din datang ke meja aku. Peluk membasahi dahiku. Agaknya apalah sir ni nak ? Tak percaya sebab English aku failed ke?

“So..Awaklah Nur Suraya binti Ghazali? 7A 1E? Saya akan pastikan awak dapat 8A untuk peperiksaan akhir tahun nanti. Awak nak tak?” soal sir Din. Dia tahu nak mengubah seseorang mestilah dengan minat dan usaha pelajar itu sendiri. Kalau tidak, memang menghabiskan tenaga guru sahaja kalau pelajar sendiri dah malas.

Mataku terkebil-kebil. Mestilah aku nak! Aku mengangguk perlahan.

***

“Weh! Bangunlah..  dah Subuh ni..” Raudhah menggoncang-goncangkan tubuhku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Mengantuknya.. Lantas kaki aku melangkah ke dalam tandas untuk mengambil wuduk.

  Usai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah, aku memasukkan kertas kerja yang perlu dihantar hari ini ke dalam beg.

“Jom ke café.?” Cadang Raudhah.

“Jom!”

***

“Kau tak rasa ke muka Mr.Shazril mirip seseorang? Seseorang yang aku rasa aku pernah jumpa dia.” Soal Raudhah sambil menyisip air milo.

“Mr.Shazril mirip seseorang? Entah. Kau salah tengok tu..” dulu aku pun pernah juga berprasangka sedemikian. Tapi, entahlah. Aku malas nak menyerabutkan otak. Mr. Shazril tu, lecturer English kita orang. Berpendidikan P.H.D tu..   Dr. Shazril Aizudin. Walaupun umur mencecah 30 tahun, tetap memiliki muka yang comel. Ramai juga student di sini memberikan surat cinta kepadanya. Maklum sahajalah, orangnya masih belum berpunya.

“Entah. Aku pun tak tahu nak kata dia tu mirip siapa. Tapi aku nak selidik jugak!” bersemangat Raudhah berkata-kata. Gila. Asyik nak stalker saja kerjanya. Aku hanya menggeleng-geleng kepala.

“Eh kejap. Hari ni tak ada ros ke?” soal Raudhah. Iya lah.. Biasanya setiap hari Isnin pasti ada bunga ros sekuntum.

“Hmm..Tak ada. Rindu pula kat orang yang bagi ros. Ha ha..” kami berdua hanya ketawa.

***

  Cuti sem kali ini, aku pulang ke rumah papa dan mama. Biasanya aku akan pulang ke rumah auntie Faz. Akan tetapi, auntie Faz sedang bercuti di Sydney bersama-sama keluarganya. Jadi lebih baik aku tak payah kacau keluarga auntie Faz.

“Yaya!” Panggil mama yang berada di ruang makan. Lantas aku menuju ke ruang makan.

“Ada apa mama?” soal aku.

“Yaya.. Petang nanti ada orang nak datang. Jadi, mari tolong mama masak. Mama nak masak ketam masak lemak cili padi. Yaya suka,kan?” soal mama. Aik? Tetamu nak datang, tapi masak makanan kegemaran aku? Apekehel pulak?

“Memang lah Yaya suka. Tapi, kenapa mama nak bagi tetamu makan makanan kegemaran Yaya pulak?” aku menyoal.

“Sebab tetamu kita tu sukakan ketam masak lemak cili padi. Mama pun teringat kat kamu. Jom tolong mama.”

***

   Sebaik sahaja tetamu sampai, aku cepat-cepat pakai tudung. Sampai sekarang mama tak beritahu siapa tetamu tu. Seram sejuk aku dibuatnya.

“Ma, siapa tetamu kat luar tu?” soal aku sambil berbisik ke telinga mama.

“He he..” mama hanya tersengih.

“Mama! Orang tanya ni..Boleh pulak duk sengih. Oh tidak..Jangan cakap ada orang nak datang merisik Yaya…” aku minta-minta bukan. Aku tak nak kahwin lagi dalam usia muda macam ni. 23 tahun. Mudalah tu! Aku nak kahwin lepas belajar. Bukan tengah belajar.

“Tepat sekali.. Macam mana Yaya boleh tahu?” balas mama.

Nak pengsan aku mendengarnya. Sesuka hati saja mama dan papa tak beritahu aku dulu. Ingat aku tunggul ke kena ikut semua perkara?

“What? Mana boleh macam tu. Yaya tak nak lah mama.” Aku membantah.

“Yaya..Please.? Lagipun Yaya mana ada buah hati,kan?”

Heh. Memanglah aku tak ada buah hati lagi. Tapi, itu tak bermaksud aku kena kahwin dengan orang pilihan mama dan papa. Bagilah aku kerja dulu. Bencilah macam ni.. Baru saja berangan nak kahwin dengan anak raja. Ceh, berangan saja kau ni Suraya.

“Mama..” aku merengek manja. Hu hu.. Biasalah, aku anak bongsu. Aku hanya ada seorang abang dan seorang kakak. Kakak aku dah kahwin. Abang aku masih single. Sekarang abang aku sambung belajar di Indonesia. Aku pun nak ikut jejak abang aku. Kalau boleh, aku nak sambung master. Tetapi, aku rasa harapan aku tu macam dah nak terkubur sahaja.

“Yaya.. Kita tengoklah dulu orang tu macam mana. Okey?” pujuk mama.  Ini yang aku tak tahan. Kalau melawan maka tak cium lah bau syurga. Nak tak nak, aku akur sahaja.

“Assalamualaikum.”

Hatiku terus jadi tak tenteram. Mama menuju ke pintu hadapan. Apa yang harus aku lakukan? Macam mana ni?? Mama bersalaman dengan wanita yang lebih kurang sebaya dengannya.  Papa pula bersalaman dengan lelaki yang berada di sebelah wanita tersebut. Takkan lelaki itu yang nak kahwin dengan aku?  Tak mungkin agaknya. Sebab lelaki tu macam sebaya dengan papa. Aku masih lagi kaku berdiri.

“Yaya! Mari sini salam dengan kawan mama.” Panggil mama. Aku mengatur langkah dengan perlahan.

Sampai sahaja di hadapan kawan mama, aku bersalam lalu mencium tangannya.

“Mana anak awak, Rahimah??” soal mama kepada kawannya itu.

“Oh.. Dia ada kelas hari ini. Tak boleh nak datang.” Ujar Puan Rahimah.

Fuh selamat.. Eh kejap! Ada kelas? Takkan bakal suami aku masih belajar? Habis tu, macam mana dia nak tanggung makan minum aku lepas kahwin? Amboi Suraya.. Kau ni setuju ke nak kahwin awal?

“Oh.. Jemputlah duduk dulu Rahimah,” pelawa mama.

“Hmm. Duduklah dulu Hamdan. Kami ada sediakan ketam masak lemak cili padi. Bolehlah kita makan sama-sama.” Ujar papa pula. Matanya memandang ke arahku. Ini mesti nak suruh aku jadi perempuan solehah. Nak suruh aku sediakan pinggan lah tu.

Belum sempat papa bersuara, aku dah sediakan pinggan dan semua lauk kat atas meja.

“eh? Dah siap? Bagus betul Yaya ni. Boleh jadi suri rumah yang baik ni.” Puji papa.

Ceh..Padahal nak suruh aku terima aje pinangan mereka ni. Haih.. Serba salah aku dibuatnya.

“Pa, Yaya nak pergi toilet jap.” Bisik aku ke telinga papa.

Lantas aku menuju ke tandas. Apa lagi?? Terus aku kunci pintu tandas. Nama Syahir aku cari dalam telefon. Siapa Syahir? Abang akulah!

“hello.” Aku bersuara.

“Hello. Ada apa ni dik? Apa nak pergi dating kejap lagi. Ada apa?” soal abang dengan nada tergesa-gesa.

“dating?? Abang!! Yaya ada masalah ni.. Ada orang datang merisik.  Anak kepada kawan mama dan papa. Macam mana ni..?”

“Accept jela. Itu pun nak kena ajar? “ jawab abang sambil ketawa. Boleh pulak dia main-main? Ingat kahwin tu seminggu dua minggu ke? Seumur hidup beb. Kalau tak bahagia? Takkanlah aku sengsara seumur hidup?

“Abang!! Orang betul-betul ni. I’m serious!”

“Mak oi.. Takut bunyinya. Terima jela dik oi.. anggap je jodoh dah sampai.  Kan senang? Lepas kau kahwin, bolehlah abang kahwin dengan makwe abang.” Jelas abang. Amboi.. Ambil kesempatan dalam kesempitan nampak..

“Eleh.. Abang bolehlah kahwin dengan orang yang abang suka. Habis tu? Yaya? Kena kahwin ikut cakap orang tua? Yaya nak jugak bercinta abang oiii..” balas aku.

“Eleh.. Kau bercinta aje dengan bakal suami kau lepas kahwin nanti. Tak payah ikut sangat abang kau ni. Haha.. Okeylah dik. Dah lewat ni. Kang marah pulak bakal kak ipar kau. Assalamualaikum.”

Belum sempat aku berkata-kata, abang dah tutup dulu. Bencilah aku kalau abang sendiri tak nak bersepakat dengan aku!

Aku menarik nafas dalam-dalam. Okey Suraya. Kau jangan mengamuk tak tentu pasal pula nanti. Lantas aku menuju ke ruang makan. Aik? Semua dah habis makan?

“Hah Yaya! Lama bebeno awak duk dalam tandas. Sakit perut sangat ke?” sindir mama. Aku langsung tak peduli.  Puan Rahimah hanya tersenyum.

“Jadi Yaya.. Yaya nak tak jadi menantu makcik?” soal Puan Rahimah.

Hah? Aku hanya terkebil-kebil mata.

“Anak makcik nama apa ya?” soal aku. Iyalah.. Takkan nama bakal suami sendiri aku tak tahu. Kan?

“Amboi.. Dah boleh terima ke Yaya oi??” sampuk papa. Hish papa ni.. Orang tanya nama sahaja.

“Shazril. Shazril Aizudin.” Jawab Puan Rahimah.

Nama dah okey. Rupa okey tak? Haih.. Takkan aku nak tanya macam tu pula. Tak senonoh betul kau ni Suraya. Tapi kan, rasa macam pernah dengarlah nama tu. Mulutku tiba-tiba terlopong.

“Adakah Dr. Shazril Aizudin? Lecturer Bahasa Inggeris? Berpendidikan P.H.D tu??” selamba sahaja aku menuturkan pertanyaan.

“Iya lah tu. Macam mana Yaya boleh kenal?” soal Puan Rahimah.

“Jangan-jangan Yaya dah lama jadi stalker anak puan Rahimah ini tak?” gurau mama.

Oh tidak... He is my lecturer. Macam mana aku nak berdepan dengan Mr. Shazril lepas ni.. Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti Mr. Shazril?

“Sebenarnya, makcik datang merisik ini pun, anak makcik yang suruh. Katanya,dia dah lama berkenan kat Yaya. Tapi, dia takut Yaya tak berkenan kat dia. Kamu tahu sahajalah umur kamu dengan dia 7 tahun perbezaannya. Dia takut kamu malu dapat suami macam dia.” Jelas Puan Rahimah.

Malu?? Bukan malu! Bangga beb. Dapat suami yang comel macam Mr. Shazril. Dahlah berpendidikan tinggi. Ikon kegilaan semua wanita kat kampus aku tu.. Macam manalah dia boleh berkenan kat aku yang ketot ni? Pelik aku dibuatnya.

“Malu? Kenapa mesti malu? Pelik betul.” Ujar aku. Ha ha. Straight to the point. Dah tak reti nak lapik ke Yaya oiii.

“Iyalah Rahimah. Cinta mana kenal usia. Anak Idah memang pakar bab cinta ni. Tapi, sampai sekarang takde boyfriend.” Sampuk mama. Mama ni suka sangat mencelah!

“Jadi, Yaya setuju ke?” soal Puan Rahimah.

Kalau boleh nak sahaja aku angguk laju-laju. Tapi, aku perempuan. Jadi buatlah macam perempuan. Jangan jadi pelahap. Ha ha..

“Hmm.. nanti, Yaya buat solat istikarah dulu. Kalau ada petunjuk, Yaya bagi tahu balik. “ jelas aku. Jawapan yang amat bernas. Ha ha.

Puan Rahimah dan mama tersenyum mesra.

***

  Hari ini, aku kena bentangkan kertas kerja. Perghh.. Berdebar gila.  Mr. Shazril yang masuk kelas kami. Kenapalah dia tak sibuk hari ini?? Wahai hati bertenanglah..

  Usai aku membentangkan kertas kerja yang bertajuk ‘Air Pollution in Our Country’, aku bergegas kembali ke tempat duduk.

“Kenapa muka kau merah? Rasanya ni bukan pertama kali kau berdiri di hadapan. Lain macam je kau hari ni.” Bisik Raudhah ke telingaku.

Memanglah hari ini lain dari yang lain.  Hati aku asyik berdegup setiap kali terpandang wajah Mr.Shazril. Malu?Takut? Atau fall in love ni?

“aku tak sedap badan.” Tipu aku terhadap Raudhah. Raudhah masih belum mengetahui yang aku dirisik. Dirisik oleh pensyarah hensem pulak tu. Aduhai..

“Oh.. kau kena jaga diri betul-betul. Tak lama lagi nak exam. Karang demam, susah pula.” Nasihat Raudhah. Aku hanya tersenyum. Bila pula aku demam ni? Ha ha..

Aku menjadi tergamam apabila Mr.Shazril berada di sebelah. Dia menghulurkan sekeping kertas putih. Aku mengambil tanpa melihat rupa dia.

‘Lepas kelas, see me in front of this class. ‘

Alamak!

“Ada apa? Mr.Shazril bagi apa?” kalut sekali pertanyaan Raudhah. Tolong jangan tambah fikiran aku kusut boleh tak?

“Mr.Shazril nak jumpa aku.” Jawab aku perlahan.

“.. aku takut..” ujar aku lagi.

“Takut apa pulak? Dia nak cakap pasal kerja kau tadi kot?” kata Raudhah.

Harap-harap macam itulah..

***

“Assalamualaikum.” Sapa Mr.Shazril. Nasib baik tak terlompat aku dibuatnya. Mana tidaknya? Aku baru sahaja keluar dari kelas, dia dah terpacak depan mata.

“Wa’alaikumussalam.”jawab aku tersipu-sipu malu.

“Yaya.. Aku tunggu kau kat library. Daa..” lalu Raudhah meninggalkan aku.

Haish.. Takut pula aku nak berhadapan dengan Mr.Shazril ni.

“Kita ke café dulu?” ajak Mr.Shazril.

Okey jugak tu. Takkan lah nak berbincang sambil berdiri. Hu hu..

  Setibanya kami di café, Mr.Shazril menarik kerusi untuk aku duduk. Amboi.. Saya boleh buat sendiri lah cik abang oii..

“Mr.Shazril jumpa ni ada apa ye?” soal aku tanpa berselindung. Tapi, aku masih lagi takut nak menatap matanya yang mahal itu. Walaupun umur mencecah 30, masih boleh menarik perhatian orang lain.  Ha ha.. Gatal kau ni Suraya!

“Call me Shazril?” ujar Mr.Shazril. Shazril pun Shazrillah.

“Awak nak jumpa ni ada hal apa ya?” hah! Kelu pula lidah aku nak panggil nama dia. Kan dah jadi ‘awak’ tu. Okey apa? Sopan saja aku dengar. Ha ha..

“Oh.. Shazril nak jumpa Yaya ni pasal merisik hari itula. Yaya setuju ke?” soal Shazril.

Aduh! Apa aku nak jawab ni?

“Sebelum Yaya jawab soalan Mr. Shazril..”

“Ehem.” Shazril berpura-pura batuk. Ya! Aku faham..

“Sebelum saya menjawab pertanyaan awak.. Boleh saya tahu kenapa awak pilih saya?” haih.. Lidah aku masih tak boleh nak sebut ‘Shazril’.

“Entah. Takdir Allah yang menemukan saya dengan awak kembali. Takkan Yaya dah lupakan saya?” soal Shazril yang seakan-akan mahu menarik tali dengan aku pula. Eh kejap! Lupakan? Apa maksud dia? Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni?

“Lupa? Apa maksud awak?” serius aku tak faham apa maksud dia.

“Awak mesti ingat dengan kata-kata ‘cinta monyet awak tu, takkan bagi awak result yang cemerlang lah’.. Ingat?” Shazril cuba kembalikan memori ingatan ku.

Itu ayat sir Din! Macam mana dia boleh tahu!? Mana boleh aku lupa dengan kata-kata yang membuatkan aku menangis tak ingat dunia tu. Disebabkan kata-kata itulah aku bertekad nak dapatkan A untuk subjek bahasa Inggeris. Memang aku menyumpah seranah gila-gila. Bukan menyumpah dekat sir Din. Tapi, menyumpah dekat diri aku yang sedang kemaruk bercinta di alam persekolahan yang entah apa-apa tu. Tetapi? Siapa Shazril ni? Apa kaitan dia dengan sir Din?

Shazril mengeluarkan cermin mata lalu dipakainya. Lantas aku menutup mulut. Ya Allah.. Mirip sir Din!!

“Yeah. It is me, your sir Din? Remember?” ujar Shazril..

Mataku sudah mula bergenang. Terharu boleh jumpa dengan cikgu lama. Cikgu yang aku selalu cari-cari. Cikgu yang menjadi cinta pertama aku. Wait! Kau lupa ke Yaya? Dia ini jugaklah yang nak kahwin dengan kau. Ya Allah.. Kenapa semua ini berlaku seperti ini?

“Sir!! Macam mana sir boleh ingat saya??” soal aku dengan sedikit teruja dapat jumpa cinta pertama.

“Kan saya dah kata, takdir Allah SWT yang menemukan kita. Tak sangka,kan?” ujar Shazril.

“..Okay.. Back to our topic. Macam mana? Sudikah awak menjadi pasangan hidup dengan saya?”

Ya Allah.. Dia lamar aku ke? Sir Din lamar aku beb? Nak nangis… Hatiku sudah menjadi tidak tenteram. Fikiranku mula melayang. Aku cuba tempis semua itu.

“Kenapa saya?” aku masih terus menanyakan soalan yang aku nak sangat jawapannya!

“Mungkin jodoh kita dah sampai?” jawab Shazril.

“Mana sir tahu?” soal aku lagi.

“Yaya.. Now, I’m not your sir. Can you call me Shazril?”

Erk.. Kekok lah macam ni..

“Mana awak tahu?” kelu lagi..

“Entah. Mungkin ikut kata hati?” balas Shazril.

“Pulak? Hmm.. Let me think..” takkan aku nak bagi jawapan hari ini? Aku baru nak kenal-kenal. Iyalah, tak kenal maka tak cinta. Lagipun aku tak nak lah kahwin dalam usia macam ni.

“Hmm.. Awak tak sudi ke?”

“No.. I mean, bagi lah saya fikir sehari dua hari ni? Please?” I’m begging this..

“Okay.. Saya harap jawapan yang awak bagi tak mengecewakan saya..” ujar Shazril.

“Insya-Allah. Kalau ada jodoh takkan ke mana. “ aku menggariskan senyuman.

***

  Bosan lah petang ni. Lebih baik aku buka radio. Nasib baik lagu kegemaran aku diputarkan di radio sekarang. Lagu apa? ‘That’s The Way I loved You’ dari Taylor Swift.

“Amboi kau Yaya.. Dari tadi asyik senyum sorang-sorang saja. Apa kes?” sampuk Raudhah.

“Kau ni Raudhah. Pantang nampak aku happy.. Mari duduk sebelah aku. Nak cerita something sikit.”

“Apa-apa??”soal Raudhah yang turut bersemangat duduk di sebelah aku.

“Betul lah cakap kau, muka Mr.Shazril mirip seseorang. Kau tak ingat lagi ke?” soal aku. Manalah tahu kalau-kalau Raudhah boleh ingat balik ke?

“Kau kenal ke? Cakap sahajalah siapa dia tu. Otak aku tak berapa nak berfungsi hari ni.”  Cepat betul mengalah dia ni.

“Dr. Shazril Aizudin adalah sir Din! Sir praktikal kita masa form 2!” bersemangat aku memberitahu.

Raudhah pula? Melopong habis mulutnya. Ha ha. Macam aku petang tadi lah.

“Kau biar betul???”

“Terkejut? Dia sendiri beritahu kat aku. Sekarang mata dia dah okey. Sebab masa dia praktikal dulu, mata dia tak ada lah rabun sangat. Dia kata, mata dia dah okey. Sebab tu dah tak pakai cermin mata lagi.” Jelas aku. Kami sempat juga berborak dekat café petang tadi. Hu hu..

“Tapi? Apasal dia bagi tahu kat kau saja? Takkan dia lupakan aku dan hanya ingat kat kau?” soal Raudhah.

  Oh.. Itu lain punya ceritalah Raudhah. Aku malu nak cerita hal sebenar tu. Ha ha. Nanti kau lagi shock!

“Mana aku tahu. Mungkin aku pelajar yang paling nakal waktu itu? Sebab itu dia cam aku. He he..”

“Huh. Mana aci.  Mesti kau suka kan? Dapat jumpa cinta pertama. Jealous I. “

Kau mesti akan bertambah jealous kalau aku terima kau tahu dia melamar aku!
***

  Aku berlari untuk mendapatkan telefon bimbit yang sedang mendendangkan lagu ‘Patah Seribu’. Cepat-cepat aku menekan punat merah sebaik sahaja melihat nama ‘mama’ tertera pada skrin.

“Assalamualaikum. Ada apa Ma? Mama sihat?” aku memulakan dahulu perbualan.

“Wa’alaikumussalam. Mama sihat. Yaya?”

“Alhamdulillah. Sihat juga.. “

“Yaya.. Mama nak tanya pasal pinangan anak kawan mama tu. Yaya dah fikirkan?” soal mama.

La.. Telefon aku sebab nak tanya pasal itu sahaja ke?

“Mama rasa?” soal aku balik. Ingat senang ke nak tolak permintaan mama? Mahu atau tidak, aku kenalah setuju. Mungkin restu daripada ibu bapa akan membuatkan perkahwinan kami bahagia? Tak gitu?

“Mama rasa.. Yaya setuju! Kan?” teka mama. Ya mama.. Tekaan mama memang tepat. Aku mengeluh perlahan.

“Yaya?” panggil mama.

“Ya? Ada apa mama?” aku kembali ke alam nyata.

“Yaya tak suka ke?” nada mama sudah mula perlahan. Sudah! Dah start dah..

“Mama.. Mama rasa dalam usia Yaya sekarang ni, memang patut kahwin ke?” soal aku,jujur.

“Kalau Yaya tak nak kahwin lagi. Apa kata Yaya tunang dulu? Boleh?” cadang mama.

Tunang? Hmm..Mungkin itu yang terbaik buat masa sekarang. Lagipun, aku belum habis belajar lagi. Hampir tamat adalah.

“Kalau tunang…”

“..Okey.. Yaya terima.” Akhirnya aku mengalah.

“Iya ke sayang?!! Mama sayang Suraya! Bila nak langsungkan majlis pertunangan?” Amboi..Teruja pula mama aku ni.

“Nanti, Yaya bincang sendiri dengan Shazril.”

Ya. Lebih baik aku berbincang sendiri dengan dia.

“Okey sayang. Tak sabar mama nak beritahu berita gembira ni dekat Puan Rahimah. Sayang take care ya. Oh ya! Papa kirim salam.”

“Wa’alaikumussalam. Okeylah mama, Yaya nak solat Isyak. Tata.. Assalamualaikum.”

“tata sayang.. Wa’alaikumussalam.”

  Akhirnya? Aku akan bertunang dengan Shazril. Dr Shazril Aizudin, pensyarah yang dikagumi oleh semua pelajar wanita di kampus aku. Sir Din, yang aku sukakan ketika alam remaja. Macam mimpi sahaja.

***

  Malam ini, Shazril ajak aku keluar dinner. Oh tidak. Hatiku berdegup lagi. Takut! Aku membuka almari pakaian. Serius aku tak tahu baju apa yang hendak dipakai.

“Kau ni kenapa Yaya? Dari tadi duk termenung depan almari. Ada yang tak kena ke?” tanya Raudhah.

Pertanyaan Raudhah membuatkan aku gemetar nak ceritakan hal sebenarnya. Macam dah buat salah laku jenayah pula.

“Tak adalah, kawan aku ajak keluar dinner. Tapi, aku tak tahu nak pakai apa.” Jawab aku. Lebih baik aku rahsiakan dahulu tentang siapa yang ajak aku keluar makan malam.

“Kau ada date ke? Dengan sapa? Apasal aku tak tahu pun?” tak henti-henti Raudhah bertanya. Terkejut sangat ke?

“Yes. Aku ada date dengan bakal tunang aku.”

“Hah? Biar betul!” membulat kedua biji mata kawan aku seorang ni.

“Betul la. Orang lelaki tu, datang merisik rumah aku masa cuti baru-baru ini. Kalau ada masa yang sesuai, aku kenalkan kat kau. Cepatlah tolong aku.. Baju apa aku patut pakai ni?”

Raudhah mengambil blaus yang berwarna biru dan skirt labuh yang berwarna putih miliknya.

“Nah.” Lalu dia menghulurkan kepada aku.

“Skirt? Sesuai ke? Dia ajak aku dinner kat hotel 5 bintang weh. Takut tak sesuai je.” Kata aku. Sebenarnya aku takut nak pergi.

“Pakai ajela. Sweet gila kalau kau pakai macam ni. Dah-dah, pakai je..” Raudhah menolak tubuhku masuk ke dalam tandas. Dumm! Pintu tandas ditolak dari luar. Pakai sahajalah Suraya oi..

***

  Setelah aku siap memakai tudung, aku menyapukan sedikit bedak pada muka. Bedak aje yang aku suka pakai, kalau alat solek lain, jangan harap! Aku cukup anti dengan pemerah pipi, mascara dan sebagainya. Cukuplah dengan bedak Johnson Baby sahaja.

Pin!Pin!

Alamak! Hon kereta dah berbunyi. Dia dah sampai! Aduh! Jangan sampai Raudhah yang nampak!

“Weh, bakal tunang kau ke kat luar.?” Soal Raudhah. Sudah! Dia dah tahu..

“Haah.. Aku pergi dulu. Kau baca novel tu sampai habis. Nanti pukul 11 aku balik. “ aku cuba berlagak biasa.

   Nasibku agak baik. Raudhah meneruskan membaca novel yang berada di tangannya. Aku mengatur langkah dan menuju ke kereta Shazril. Shazril memandang aku sambil tersenyum. Tolong jangan senyum macam tu.. Tergugat iman saya.

  Sebaik sahaja, aku masuk ke dalam kereta, kami berpandangan. Tapi, mata aku tak tahan. Pedih. Masuk habuk! Alahai, kenapa masa macam ini jugak habuk nak masuk ke dalam mata aku. Baru saja nak tengok wajah Shazril yang tampan itu. Ha ha..

“Awak tak apa-apa Suraya? Merah mata tu.. Mari sini saya tengok.”

Muka Shazril berada dekat dengan muka aku. Oh tidak.. kalau ada orang nampak, memang sah kena tangkap khalwat.

“Awak.. Mata saya dah okey. Masuk habuk sikit je. Jom lah jalan..” Aku berpaling ke tali pinggang keledar. Nasib baik mata aku dah betul-betul okey. Habuk ini pun satu. Boleh tak jangan serang mata aku malam ni? Haih.. Habuk jugak yang dipersalahkan. Sabar sahajalah..

***

   Sesudah memesan makanan , aku hanya berdiam diri. Kami sekarang dikelilingi oleh dua orang pemain violin dan seorang pemain piano. Tambahan lagi dengan dua batang lilin yang sedang menyala di atas meja. Bukan main romantik malam ni. Takut aku.

“So, saya dengar.. Yaya boleh terima saya. Betul ke?” soal Shazril.

Kura-kura dalam perahu,pura-pura tak tahu. Peribahasa tu, aku simpan dalam hati. Ha ha.

“Betul lah tu.” Ujar aku. Muka aku tampak serius, tapi dalam hati ada taman tahu. Berbunga-bunga dah ni.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Suraya kerana sudi menerima saya.”

Tak payah susah-susah. Ha ha.. Asyik hati saja yang jawab. Bila mulut aku nak bercakap ni?

“Kenapa Yaya diam? Yaya tak suka ke?” soal Shazril. Pulak? Aku diam pun salah ke?

“Hmm.. siapa kata Yaya tak suka? Peliklah awak ni, saya diam pun salah?” hah! Tudia.. Kan dah keluar sendiri dari mulut aku. Tiba-tiba dia tergelak. Aik?? Ini yang aku tak faham.

“Awak ni kelakarlah.. Baru pertama kali saya lihat reaksi awak marah macam tu.” Jujur Shazril.

Aku menaikkan sebelah kening ala-ala Ziana Zain. Baru kali pertama ke?

“Habis tu?” soal aku.

“Awak nampak comel.” Ujar Shazril sambil memberikan senyuman maut. Senyuman yang aku tak pernah lagi tengok selama ini. Senyuman nak membuatkan hati aku begitu cair sekarang ini. Ya Allah.. Kau kuatlah hati aku ini. Jangan sampai dia nampak muka aku yang sedang cair ini.

“Suraya? Awak okey?” soal Shazril yang sekali gus menyedarkan aku dari lamunan.

“Saya okey.” Aku cuba berlagak biasa.

“Awak pakai blusher banyak sangat ke? Merah sangat pipi tu.” Usik Shazril.

Hah?? Muka aku merah ke? Biar betul! Malunya aku…

“Tak adalah..Saya demam sikit hari ini.” Sudah-sudahlah berdalih Suraya oi.. Kalau kau demam, takkan kau masih lagi berupaya nak keluar dinner. Alasan tak boleh pakai langsung.

  Shazril tergelak kecil. Ketawakan aku lah tu. Aduh! Salah kau juga Yaya, nak menipu pun logiklah sikit.

“Erk.. Gelaklah lagi.” Sindir aku.

Shazril menutup mulutnya. Dia cuba menahan gelak. Tengok riak wajah pun dah tahu. Bibirku sudah mula menjadi muncung. Geram!

“Awak? Merajuk ke?” soal Shazril.

“Tak adalah.. Saya suka sangat tengok awak gelak. Nampak hensem sangat.” Sengaja aku menjeling ke arahnya.

“Saya minta maaf.  Awak janganlah marahkan saya. Saya tahu kalau saya gelak nampak hensem.”

Hah?? Aku sindir lah tadi! Dia ni memang perasan!

“Apa-apa jelah..” balas aku. Malas nak melayan. Orang merajuk bukannya dia nak pujuk. Aduh! Apa kena dengan aku hari ini?

  Tiba-tiba Shazril bangun dari kerusi.

“Jom ikut saya?” ajak Shazril.

“Nak ke mana?” soal aku.

“Dekat piano situ je. Saya nak mainkan lagu untuk awak. Jom?”

Hah?? Mainkan untuk aku. Alahai hati.. Bawa bertenang.. Aku hanya mengikuti Shazril dari belakang. Aku pun pandai juga main piano. Masa tingkatan empat, aku pernah masuk kelas piano. Tapi, aku berhenti sebaik sahaja berada di tingkatan lima. Mama dan papa aku suruh tumpukan pada pelajaran pula. So, bakat aku berhenti sampai di situ sahaja. Sedih betul.

  Aku duduk di sebelah Shazril. Shazril membelek not-not lagu yang dipinjam daripada pemain piano yang berdiri di sebelahnya. Tajuk not lagu itu, ‘Reason Autumn In My Heart OST’. Itu apa yang aku lihat pada kertas not lah.. He he.. Shazril mula memainkan piano. Hatiku menjadi teruja sekali dengan bakat yang ada pada Shazril. Muzik yang dimainkan itu membuatkan hati aku dibuai dengan perasaan yang sungguh indah. Lebih-lebih lagi lagu itu asal daripada drama korea Autumn In My Heart. Salah satu drama yang berjaya membuatkan aku menangis. Serius sedih cerita tu!

  Setelah Shazril selesai memainkan piano, dia menatap mataku. Senyuman diukir di bibirnya. Aku juga turut membalas senyuman itu. Ya Allah, indahnya ciptaan Mu.

“Best tak?” soal Shazril yang membuatkan aku kembali ke alam nyata.

“Best. “ jawab aku.

***

  Hari ini aku akan menghadapi peperiksaan yang terakhir. Tak sabar pula nak tamatkan peperiksaan. Semalam aku dah baca semua nota yang ada. Harap-harap hari ini aku dapat jawab dengan jayanya! Amin..
 
   Aku tersentak apabila mendengar nada SMS dari telefon bimbit yang berada di dalam tas tangan. Lantas aku membuka peti masuk. Bibirku terukir senyuman. Nama ‘Shazril’ yang tertera di skrin.

Assalamualaikum.. Wish you luck!

  Aku menekan butang-butang di telefon untuk membalas SMS tersebut.

Wassalam. Thanks. J

“Yang kau senyum-senyum cam kerang busuk tu,kenapa? Tunang kau hantar SMS ke?” sergah Raudhah dari belakang. Lemah semangat. Cepat-cepat aku memasukkan balik telefon ke dalam tas tangan.

   Raudhah masih belum mengetahui bahawa Dr. Shazril adalah tunang aku. Tunang? Iya, aku dan Shazril telah bertunang.. Tetapi, kami bertunang tanpa ada majlis pertunangan. Cukuplah sekadar cincin ini yang menunjukkan aku miliknya. Kami sudah berbincang untuk mengadakan majlis akad nikah sebaik sahaja aku selesai konvokesyen. Aku belum memberitahu kepada Raudhah kerana aku masih segan. He he.. Banyaklah kau punya segan Suraya oii..

“Haah. Jom lah Raudhah. Aku bersemangat gila nak jawab exam ni. Ha ha..” cepat-cepat aku mengalihkan topik supaya Raudhah tidak menanyakan apa-apa soalan lagi.

***

    Tiga jam telah berlalu. Hatiku tidak henti-henti mengucap kata syukur ke hadrat Ilahi.  Peperiksaan tadi tidaklah sesukar mana. Alhamdulillah..

“Weh, kau tengok tak cinta Fina ditolak?”

“Haah.. Kesian dia.. dari dulu dia cintakan Mr.Shazril.. Senang-senang saja Mr.Shazril tolak.”

Bicara rakan-rakanku membuatkan jantungku berdegup kencang. Fina meluahkan cintanya pada Shazril? Betul ke?

“Apa yang korang borakkan ni?” Raudhah cuba mencelah. Aku hanya mendiamkan diri dan memasang telinga.

“Fina.. Dia menangis sebab cintanya ditolak. Kesian Fina.. Dia sanggup tinggalkan boyfriend dia semata-mata nakkan Mr.Shazril.” jelas Imah, kawan kepada Fina. Aduh!  Apa aku nak buat ni?

“La.. Sebab tu dia tinggalkan boyfriend dia? Habis tu, kenapa Mr. Shazril boleh pula tolak Fina? Bukan ke mereka dua orang rapat selama ni? Dah macam pinang dibelah dua kalau mereka berpasangan.” ujar Raudhah. Raudhah ni pun satu, tak payahlah lebih-lebih. Shazril tu tunang aku. Gumam hatiku.

“Sebab, Mr.Shazril cakap dia dah bertunang. Dia cintakan tunang dia.” Jawab Imah lagi.

Terbatuk aku dibuatnya. Raudhah memandang ke arahku.

“Kau tak apa-apa Yaya?” soal Raudhah sambil menepuk belakang badanku. Nasib baik Imah dan rakan-rakannya tak mengesyaki sesuatu dariku.

“Aku tak apa-apa. Tekak aku sakit sikit je.” Bohong aku.

“Aku pun nak tengok jugak siapa tunang Mr.Shazril tu.. Bertuah betul dapat lecturer kita yang hensem plus comel tu. Eh! Pengerusi batch kita ada rancangkan satu majlis. Nah.” Imah menghulurkan sekeping kad kepada aku dan Raudhah. Kad apa ni? Bisik hatiku. Lantas aku membukanya perlahan-lahan. Annual dinner? Syarat-syaratnya, datang secara berpasangan. Hah???

“Berpasangan? Kau biar betul Imah! Aku mana ada pakwe!” ujar Raudhah dengan riak terkejut macam aku juga.

“Alah.. Kau datang je la dengan siapa-siapa pun. Aku just nak kenal siapa tunang Mr.Shazril. Itu saja. Aku pun nak tunjuk bakal suami aku kat korang semua. He he..” jawab Imah sambil tersengih. Imah dah nak kahwin? Betul ke?

“Kau nak kahwin ke Imah? Really?” soal aku pula.

“Haah. Lepas konvo.” Jawab Imah dengan penuh bersemangat.

“eh? Samalah dengan Suraya. Bestnya korang.. Aku ini, bilalah dapat jumpa pasangan sebenar.” Sampuk Raudhah. Eleh.. Emo lah pula,kawan aku seorang ini.

“Suraya? Kau nak kahwin juga? Bolehlah kau bawa bakal suami kau datang sekali. Kita boleh tunjuk sama-sama.” Cadang Imah. Oh tidak… Macam mana kalau mereka dapat tahu bahawa Mr.Shazril lah tunang aku tu? Adakah mereka semua masih mahu berkawan dengan aku? Lagipun bukan salah aku nak rampas Shazril dari Fina. Buat apa aku nak takut? Aku cuba menyedapkan hati yang tidak keruan ini.

“Boleh tak Suraya? Kau ajak bakal suami kau sekali okay?” desak Imah lagi.

“Insya-Allah..”

***

“What??!!” aku terkejut kerana Shazril mahu pergi ke majlis makan malam yang dianjurkan oleh rakan-rakan satu batch dengan aku itu. Nasib baik Raudhah nak tidur di bilik sebelah malam ini. Katanya, nak buat mini party. Banyaklah mini party mereka. Aku malas nak ikut serta.

“Apa? Saya nak join juga. Mereka jemput saya kan? So why not? Boleh saya kenalkan tunang saya yang cun melecun ni kat mereka semua.” Balas  Shazril.

Oh ya. Sekarang, aku dan Shazril tengah bercakap di telefon. Dah satu jam perbualan antara aku dan dia. Nasib baik hari ini aku dapat free call kepada semua nombor maxis. Kalau tidak, tak mungkin aku sudi nak cakap Shazril lama macam ni.

“Awak nak tunjuk saya sebagai tunang awak kat dinner tu ke?” soal aku lagi. Sungguh aku takut. Aku takut kalau-kalau semua orang membenci aku. Oh tidak….

“Habis tu? Awak tunang saya. Mereka ajak saya.. Semua orang nak kenal siapa tunang saya. Kawan-kawan awak nak kenal juga siapa tunang awak,kan? So, maybe that dinner is a suitable time for us?” jawab Shazril. Aduh.. macam mana ni..

“Awak.. Kita beritahu hubungan kita lepas bagi kad kahwin la.. Takkan malam annual.. Boleh tak? Saya harap sangat-sangat..” aku cuba memujuk lagi.. Sebenarnya aku masih tak bersedia untuk kenalkan siapa tunang aku kepada kawan-kawan. Nak kata Shazril tak hensem, tipulah,kan? Tapi, aku masih segan. Nak buat macam mana lagi.. Hu hu..

“Hmm.. Boleh saya tahu kenapa awak masih nak rahsiakan hubungan kita? Lambat-laun mereka tahu juga. “ nada Shazril kembali perlahan. Hatiku sudah berdegup kencang.

“Okeylah.. Kalau awak tak bersedia lagi tak apa.” Shazril mengalah. Serba salah aku dibuatnya.

“Awak tak marah kan?” aduh! Boleh pula aku tanya soalan macam tu. Sengal betul kau ni Suraya!

“Tapi, awak jangan menyesal kalau hati seorang insan boleh berubah.” Ujar Shazril dengan sinis. Aik? Marah aku ke? Aduh.. Sudahlah aku ini malas nak gaduh dengan orang. Perlu ke aku membalas balik kata-kata itu? Sabar Yaya.. Bawa bertenang..

“Er.. Okeylah Yaya.. Saya nak keluar kejap. Assalamualaikum.”

Belum sempat aku menjawab salam, Shazril dah matikan panggilan. Marah ke dia terhadap aku? Esok-esok okeylah tu..

***

   Kini, annual dinner tiba. Aku mengenakan jubah berwarna biru gelap dan shawl pashmina berwarna coklat. Okeylah tu kan? Takkan aku yang pakai tudung ni kena padankan dengan gaun kembang pula. Eee.. Tak ingin aku nak pakai gaun-gaun kembang ala-ala princess tu. Princess? Teringat pula aku dengan kata-kata Shazril waktu sekolah menengah dulu.

“Yaya.. Mana tunang kau?” soal Raudhah. Pertanyaan Raudhah memang tepat pada masanya sebab sekarang Shazril sedang berdiri di belakang aku.

“Tunang aku? Hmm.. Dia..” alahai..kelu pula lidah aku...

“Imah!! Yaya, kau tunggu sini kejap eh. Aku nak pergi jumpa Imah.” Ujar Raudhah lalu meninggalkan aku dan menuju ke arah Imah. Selamat..

“Hmm..Mana tunang awak ek? Dia tak datang ke?” sempat Shazril membisikkan ke telingaku lalu berlalu dari situ. Meremang bulu roma aku. Dia tu macam nak perli aku sahaja!

“Shazril! You datang sini juga? I ingat you tak datang majlis macam ini.” Soal seorang wanita yang cantik orangnya. Kulitnya putih melepak. Rambutnya dilepaskan aras bahu. Pakaiannya? Boleh buat mana-mana lelaki terpikat. Yang aku panas sekarang ni.. Kenapa dia duduk dekat-dekat dengan tunang aku!?

“Oh.. Saya datang sebab nak kenalkan tunang saya dekat student dan kawan-kawan semua. Tapi, tunang saya ada kerja. Dia tak boleh datang.” Jawab Shazril yang sekilas pandang ke arah ku. Asyik sindir aku je! Mana aci!

“You dah bertunang? Kenapa I tak tahu? Well.. Congrats ya. Nanti kahwin jemput lah I datang sekali.” Wanita itu duduk di sebelah kerusi Shazril. Aduhai hati.. Bertenanglah..

“Insya-Allah…”

  Dengan perasaan yang geram aku menekan butang send!

Awak, we need to talk. -Yaya

Shazril yang baru sahaja membaca SMS tersebut memandang ke arahku sambil tersenyum.

At main door. Now! -Shazril

Aik? Dia pula mengarah aku, apa kes? Aku melihat Shazril bingkas bangun dari tempat duduk dan menuju ke pintu utama. Aku pula, dengan perlahan-lahan menuju ke pintu utama sambil membawa segelas jus oren.

“Kau nak ke mana?” soal Raudhah. Alamak!

“Aku nak borak dengan Sir Din kejap. Nak ikut?” sengaja aku cuba mengajak Raudhah. Aku tahu Raudhah takkan ikut.

“Tak apalah. Kau pergi jelah. Aku nak makan pudding ni.” Balas Raudhah tanpa melihat aku. Okay,selamat.

Perlahan-lahan aku menuju ke arah Shazril. Aku masih cuba bersabar. Dengan lagak biasa, aku menyisip jus oren sebaik sahaja duduk di hadapan Shazril.

“Ada apa nak jumpa?” soal Shazril dengan nada tidak seceria seperti selalu. Begitu marahkah dia terhadap aku? Takkan hal kecil hari itu dia masih berkira?

“Awak dah tak sudi nak jumpa saya ke?” soal aku perlahan. Tak adalah sampai berbisik. Cukuplah sekadar Shazril yang mendengarnya.

“Kalau tak sudi, tak adalah saya datang sini lepas baca SMS awak.” Tajam kata-kata itu. Tidak pernah lagi aku mendengar kata-kata setajam itu dari mulut Shazril. Begitu marah dia terhadap aku rupanya. Kelopak mataku mula bergenang.

“Oh.. Kalau saya tak hantar SMS mungkin awak masih layan perempuan tu,kan? Tak apalah awak. Saya nak jumpa sebab nak minta maaf je. Kalau awak tak sudi maafkan saya tak apa. Saya tahu saya salah pada awak. Itu je. Assalamualaikum.” Aku pergi meninggalkan Shazril. Hati aku bertambah sedih apabila Shazril langsung tidak mempedulikan perasaan aku. Jahat sangat ke aku?  Akhirnya aku mengalirkan air mata. Sungguh aku tidak tahu mengapa aku boleh menangis. Padahal aku bukannya jahat sangat..

“Yaya? Kenapa kau nangis ni?” soal Raudhah dengan nada cemas. Pelik agaknya tengok aku tetiba menangis.

“Jahat sangat ke aku?” hanya ayat itu yang mampu aku keluarkan.

“Jahat? Apa kau cakap ni? Aku tak faham.”

“Kalau aku cakap kau jangan terkejut. Aku betul-betul tak sangka kejadian kecil hari itu menyebabkan dia marah dekat aku.” Hatiku merintih lagi.

“Apa kau cakap ni? Cuba kau terang betul-betul.” Desak Raudhah.

“Sepatutnya, aku akan kenalkan tunang aku kat korang hari ini,kan? Aku sebenarnya tak bersedia lagi nak tunjukkan siapa tunang aku. So, aku suruh tunang aku rahsiakan hubungan kami lagi. Aku ingat dia betul-betul terima dengan cadangan aku. Tapi, sebenarnya dia macam nak balas dendam kat aku. Dia bersikap dingin terhadap aku hari ini… Aku..”

“Wait..wait! Tunang kau ada kat sini ke?” soal Raudhah.

“Tunang aku… Shazril. Shazril Aizudin. “ perlahan sahaja aku menuturkan nama itu.

Terlopong Raudhah dibuatnya.

“Hah? Betul ke? Means, Mr.Shazril kita ke?” soal Raudhah dengan nada perlahan. Dia takut kalau-kalau ada sesiapa mendengar perbualan kami.

Aku mengangguk perlahan.

“Dia marah kat aku sebab aku tak mahu kenalkan dia kat semua orang. Jahat sangat ke aku?” aku terus menyoal kepada Raudhah. Dialah sahabat aku yang sudi mendengar segala luahan yang terbuku di sudut hatiku ini.

“La.. Yang kau tak nak beritahu kat aku dari dulu pasal apa? Merajuk lah macam ni. “ Raudhah memuncungkan mulutnya.

“Hei! Yang kau pula touching kenapa!” aku tergelak. Boleh pula Raudhah yang merajuk. Aku yang nangis ni siapa nak pujuk? Nak harapkan Shazril, memang tak mungkin.

“He he.. Aku nak jugak merajuk. Hu hu.. Kalaulah ada orang pujuk aku merajuk…” Pulak. Dah nak start berangan dah..

“Wehhh.. Jangan lari dari topik. Aku nak tanya, salah ke aku cuba rahsiakan hubungan kami ni?”

“Salah tu aku tak tahu..Menurut pendapat doktor cinta Raudhah Fatini. Aku rasa baik korang berbincang elok-elok. Takkan hal kecil pun nak dibesarkan. Tapi kan.. Betul ke Mr.Shazril tunang kau? Macam mana boleh jadi macam tu?” soal Raudhah sekali lagi. Aduhai.. Takkan masih tak percaya lagi.

“Iyela.. Kalau kau tak caya, kau pergi tengok jari dia. Cincin yang dia pakai sama dengan cincin aku. Famili dia lah yang datang merisik aku dulu tu. “ jelas aku yang masih dalam keadaan sedu-sedan.

“Kau pergilah minta maaf kat dia..” pujuk Raudhah.

“Masalahnya, aku dah minta maaf. Dia langsung tak peduli. Aku nangis ni pun dia tak tahu.”

“Siapa kata saya tak tahu awak nangis?” suara itu! Itu suara dia. Lantas aku menoleh belakang. Itu memang dia.

“Awak..” aku melihat susuk tubuh Shazril yang berdiri di hadapanku. Lantas dia duduk di hadapanku. Semua orang berpaling dan melihat ke arah kami. Shazril mengeluarkan sapu tangan dan menyeka air mata yang telah membasahi pipiku. Aku terpana melihat tingkahnya.

“Saya minta maaf sebab saya terlalu pentingkan diri sendiri. Saya..” belum sempat aku menghabiskan kata-kata, jari Shazril berada di bibirku.

“Shushh.. Saya yang patut minta maaf. Saya tak sangka awak akan menangis.  Saya tahu saya tak patut buat awak macam ni. Tapi, awak patut tahu, saya sebenarnya terlalu cintakan awak. Saya nak tanya, kenapa awak masih tak bersedia nak beritahu dekat semua orang tentang hubungan kita sebenarnya? Adakah sebab usia saya? Perbezaan usia antara awak dan saya yang membuatkan awak malu ke?” soal Shazril dengan nada yang lembut.

“Apa awak cakap ni..?” Sungguh aku tak faham apa yang Shazril cuba maksudkan. Aku mana pernah berfikir sedemikian. Aku langsung tak kisah tentang perbezaan umur antara kami.

“Sebab saya tua,kan?” soal Shazril lagi.

“Siapa cakap?” balas aku.

“Awak.”

“Awak.. Saya tahu saya salah. Saya nak awak tahu bahawa saya pun cintakan awak. Waktu tu saya takut. Takut kalau kawan-kawan saya menjauhkan diri daripada saya kalau mereka tahu awak tunang saya. Saya takut.” Suaraku bergetar. Tidak bermaya untuk meneruskan lagi.

“Apa yang awak nak takut? Kalau mereka berani mengata awak, saya ada. Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Now and forever.” Ujar Shazril. Renungan daripada mata Shazril membuatkan aku terpana. Hatiku benar-benar terpaut dengan kata-kata dan renungan itu. Sungguh aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana memberikan aku insan seperti Shazril. Aku tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Shazril.

“Ehem.. Suraya? Betul ke awak tunang Mr.Shazril?” Fina menyoal. Aku dan Shazril berpaling ke arahnya.

“Yes. He is mine.” Jawab aku. Perghhhh… Speaking mak. Muka aku merona kemerahan.. Raudhah dan Imah tersenyum.

***

   Sudah genap sebulan aku dan Shazril sah menjadi pasangan suami isteri. Aku masih belum meminta sebarang pekerjaan setakat ini. Mungkin lebih baik aku menjadi seorang suri rumah terhormat terlebih dahulu. Ha ha.. Shazril macam biasa, waktu-waktu macam ni, dia ada kelas. Aku melihat pada jam dinding. Sudah pukul 1.30 p.m..
    Loceng pintu rumah berbunyi membuat diriku tersentak. Eh? Shazril ke? Semalam dia beritahu hari ini balik pukul 3.  Mungkin kelas tamat awal kut. Lantas aku membuka pintu. Aik? Orang lain!

Bum!!! Pintu ditutup kembali. Bukan apa, aku lupa nak pakai tudung. Orang yang datang kat rumah aku, berjantina lelaki. Jadi, aku wajib menutup aurat. Sebaik sahaja aku menyarungkan tudung ke muka, lalu aku membuka semula pintu. Senang-senang saja aku buka pintu,kan?

“Suraya kan?” soal lelaki yang berdiri di hadapan pintu rumahku. Aku mengerutkan dahi. Pelik. Siapa lelaki ni?

“Awak siapa?” soal aku pula.

“Ini aku. Shukor!”

Shukor? Ya Allah Shukor!! Kawan aku masa sekolah menengah. Ops silap. Cinta monyet aku lah. Ha ha..

“Shukor? Shukor yang…”

“Shukor ex-boyfriend kau masa sekolah dulu lah! How sweet kau sekarang. Cantik macam dulu. Sorrylah aku datang sebab tak bagi tahu kat kau dulu. Aku tahu kau tinggal kat sini, sebab Raudhah yang beritahu kat aku. Aku tak ada banyak masa. Aku datang ni pun sebab nak bagi kau something.”

Ya Allah.. Aku belum habis cakap, dia dah potpetpotpet tak berhenti. Masih macam dulu. Banyak cakap! Aku hanya melihat tingkah dia yang seakan-akan mencari sesuatu di dalam sampul surat.

“Nah.” Dia menyerahkan satu kad berwarna pink kepadaku. Aku menyambutnya.

“Apa ni?” soal aku.

“Bukalah..” Shukor buat muka teruja. Pelik betul aku. Lantas jari jemariku membuka kad itu perlahan-lahan. Wangi.

“Wow! Kau dah nak kahwin!! Tahniah!!!” ucap aku. Aku pula yang terlebih teruja. Ha ha..

“Thank you. Eh? Kau pun dah kahwin kan? Mana laki kau?” soal Shukor.

“Laki aku tak balik kerja lagi. Biasalah, lecturer. Nanti baliklah kut.”

“Oh.. Kalau macam tu, tak apalah. Aku pergi dulu. Nanti jangan lupa datang tau.” Pesan Shukor.

“Insya-Allah..”

“Okay.. See you there. Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumussalam. Tata!” aku melihat Shukor yang turut membalas lambaianku. Macam tak percaya sahaja yang dia pun dah nak kahwin. Sebaik sahaja kereta Shukor keluar dari pintu pagar, masuk pula kereta gen-2 berwarna silver yang cukup aku kenali. Siapa lagi kalau bukan kereta suami tercinta. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta sebaik sahaja kereta tersebut diparkir di hadapan rumah.

“Kereta siapa tadi tu?” tanya Shazril. Aik? Baru balik dah terus tanya?

“Oh.. Kereta kawan.” Jawab aku. Nanti-nantilah cerita.

“Lelaki ke perempuan?”

“Lelaki. Abang dah makan? Yaya dah masak lauk kegemaran kita. Ketam masak lemak cili padi. Jom! Jom!” aku menolak tubuh Shazril. Setelah masuk sahaja ke dalam rumah. Tiba-tiba Shazril berhenti.

“Kenapa ni?”soal aku.

“Siapa lelaki tadi? Selama ni Yaya tak pernah beritahu pun yang Yaya ada kawan lelaki.” Ujar Shazril

Laa.. Ni mesti kes cemburu lah ni. Aduhai..

“Eh? Yaya tak pernah beritahu ke? Dia tu Shukor. Kawan masa sekolah menengah dulu. Ingat?” balas aku. Takkan la Shazril boleh lupa bahawa Shukor jugak adalah cinta monyet aku dahulu.

“Shukor? Oh..Dia buat apa datang sini buat apa? Dia tak tahu ke yang awak kahwin?” sinis pertanyaan Shazril.

“Kenapa dengan abang ni? Tengok saya macam nak telan je. Mestilah dia dah tahu.” Jawab aku.

“Habis tu? Kenapa dia datang sini kalau dah tahu awak dah kahwin? Atau awak dengan dia dah lama berhubungan di belakang abang?”

Terbuntang mata aku mendengarnya. Hishh.. Aku masih waras okay! Tak mainlah curang-curang ni. Laki aku tiba-tiba cemburu tak tentu pasal ni kenapa? Aduhai..

“Apa abang cakap ni? Kami baru je jumpa hari ni.” Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Shazril bingkas bangun dari kerusi. Langsung tak nak dengar penjelasan dari mulutku.

“Abang! Tunggulah.. Dengar dulu apa Yaya nak cakap.” Aku terus mengekorinya dari belakang. Kuat betul merajuk dia ni. Siapa anak bongsu sekarang ni? Aku ke dia? Pelik-pelik.. Aku terus menahan Shazril.

“Abang.. Ni apasal merajuk tiba-tiba? Dengarlah dulu.. Adeh..Letih tahuu duk kejar-kejar macam ni. Shukor datang bagi ni.” Aku menghulurkan kad kahwin yang Shukor bagi petang tadi. Shazril mencapai dengan baik. Tiba-tiba aku melihat dia mengukirkan senyuman. Hah! Legalah tu.

“Yang senyum tiba-tiba ni kenapa? Dah tahu kan sebab apa Shukor datang? Itulah abang ni.. Janganlah merajuk macam ni. Yaya mana reti pujuk orang merajuk. Alahai.. “ ujar aku.

“Abang minta maaf.  Abang takut kalau Yaya jatuh cinta dengan Shukor balik. Itu je.” Balas Shazril.

“Hah?? Tak ada maknanya lah. Shukor tu cinta zaman bila?? Zaman tok kaduk. Yaya dah lupa cintan-cintun zaman tu. Kelakar adalah. Sekarang Yaya hanya cintakan abang. Suami Yaya yang hensem ni.”

“Hensem atau Yaya sekadar nak ambil hati?” uji Shazril.

“Yaya cakap ikhlas la. Ikhlas dari sudut hati Yaya ni. Walaupun perbezaan umur antara kita ialah 7 tahun, kalau dah jodoh, mesti kita akan bersatu juga. Jika itu kehendak-Nya. Kan??” soal aku sambil tersenyum. Sejak bila aku sukakan madah macam ni? Dulu bukan main aku geli dengan ayat-ayat jiwang. Sekarang aku pula jiwang, apa kes? Eh, tak apalah kan? Jiwang dengan suami sendiri. Halal dari aspek Islam. Jadi kepada siapa-siapa yang nak bahagia, sila kahwin cepat-cepat. Jiwang dengan suami memang bahagia. Eh? Apa yang aku melalut ni?

“Pandailah isteri abang ni. Untung abang ada isteri yang pandai macam ni. Jom?”

Aku mengerutkan dahi.

“Jom apa?” jantungku sudah berdegup kencang.

“Jom makanlah. Abang tak makan lagi ni. Lapar..”

Fuh.. Ingatkan jom apalah tadi. Takut aku dibuatnya.

“Yaya ingat jom apa tadi?” usik Shazril.

“Yaya tak ingat apa-apa lah. Dah lupa. Amnesia sudah..”

“Eh, betul ke…” sengaja Shazril menyakat lagi.

“Betullah!! Jom makan!!!” malu aku!!.

TAMAT..

*Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca karya yang tak seberapa ini. Hope korang sudi komen. Komen baik-baik ya.. Kalau nak kritik, kritik baik-baik. Ha ha.. Salam sayang daripada saya Unnie Indah. J